Monthly Archives: November 2013

Pelajar Universiti Narotama timba pengalaman di UNISEL

PelajarUniversitiNarotamatimbapengalaman di UNISEL

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 19 NOV: Peserta Program PertukaranPelajarUniversiti Selangor (UNISEL) – UniversitasNarotama Indonesia berharap slogan UNISEL, ‘Shaping Society’ yang bermaksud membentuk masyarakat dapat diterapkan dalam kehidupannya sebagai pelajar sekembalinya ke Indonesia nanti.

Pelajar Fakulti Ekonomi, Universitas Narotama, Fitriana, 20, berkata sebagai pelajar menara gading, mahasiswa merupakan kelompok penting dalam membentuk daya pemikiran masyarakat.

mhs1“Tagline Shaping Society UNISEL bagi saya menarik dan boleh diterapkan di kalangan pelajar di Indonesia kerana golongan mahasisawa merupakan golongan penting dalam mencorakkan masa hadapan masyarakat,” kata Fitriana

Mengulas program pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama, Fitriana menganggapnya sebagai peluang untuk beliau mendalami kehidupan masyarakat di Malaysia khususnya golongan pelajar di UNISEL. “Ini satu pengalaman berharga untuk saya bawa pulang ke Indonesia nanti apatah lagi berpeluang belajar di Selangor yang saya ketahui sebuah negeri paling maju di negara ini,” kata Fitriana ketika ditemui Selangor Kini selepas Majlis Penyerahan Pelajar Program Pertukaran Pelajar di Kampus Utama UNISEL.

Sementara itu, pelajar jurusan sama, Intan Tri, 21 pula berkata beliau terharu dengan sambutan dan layanan yang diberikan oleh masyarakat di sini terhadap beliau.

mhs2“Saya sangat gembira dengan sambutan di sini, mesra dan layanan baik dari semua pihak terlibat dan saya juga berharap mendapat kerjasama dan tunjuk ajar dari pensyarah dan rakan hingga tamat program ini nanti,” kata Intan.

Kata beliau lagi, walau punter dapat beberapa polemik percanggahan pendapat dalam beberapa isu antara Malaysia-Indonesia, itu tidak menghalang Universitas Narotama menjalin hubungan dengan UNISEL.

Manakala Pelajar Fakulti Sains Komputer universiti sama, Ade Chandra pula berkata beliau berbangga dipilih menyertai program selama sebulan ini.

mhs3“Ini peluang untuk saya bertukar pendapat dengan pelajar di sini di samping mengenali budaya dan kehidupan masyarakat di sini,” kata beliau dalam majlis sama.

-EZY

Sumber :http://www.selangorkini.net

Pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama, tingkat hubungan dua hala

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 18 NOV: Kehadiran 12 pelajar dari Universitas Narotama, Surabaya, Indonesia ke Universiti Selangor (UNISEL) dilihat mampu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama dua institusi pengajian tinggi berprestij itu.

Pelajar pengajian Fakulti Ekonomi dan Komunikasi Media dari universiti berusia 32 tahun Indonesia itu hadir hari ini menerusi program pertukaran pelajar UNISEL-Universitas Narotama yang diadakan selama sebulan di Kampus Utama Unisel di sini.

Anuar-Ahmad

Naib Canselor UNISEL, Prof Anuar Ahmad, berkata pelajar yang terpilih diharap dapat memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang berada di UNISEL.

“Pelajar di sini terdiri dari Melayu, Cina dan India masing-masing mempunyai budaya tersendiri yang boleh pelajar terokai untuk mengenali lebih dekat tentang budaya di sini.

“Saya percaya anda akan mendapat ilmu yang boleh dimanfaatkan apabila pulang ke Indonesia nanti,” kata Prof Anuar ketika mengalu-alukan ketibaan 29 anggota delegasi yang diketuai Rektor Universitas Narotama, Rr Iswachyu Dhaniarti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selain Unversitas Narotama, UNISEL turut menjalin hubungan dengan hampir 100 institusi pengajian tinggi di seluruh Indonesia.

Sementara itu dalam ucapan balas, Iswachyu turut mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar UNISEL ke Universitas Narotama.

Tambah beliau lagi, program seperti ini memberi peluang kepada para pelajar mengenali pelbagai budaya antarabangsa yang dibawa pelajar-pelajar antarabangsa.

“Melalui program ini kerjasama terjalin antara Universitas Narotama dan UNISEL semakin erat,” kata Iswachyu.

Unisel-GrafikDi UNISEL, selain pelajar tempatan, juga terdapat pelajar antarabangsa dari lebih 40 buah negara dari Timur Tengah, Afrika dan lain-lain. Universitas Narotama merupakan universiti terkemuka Indonesia yang telah memperolehi pelbagai pencapaian utama dalam dunia keilmuan di Indonesia.

Antara pencapaian Universitas Narotama termasuklah dianugerahkan sijil ISO 9000:2000 (Survilance Audit II) dari TUV NORD pada 2004, ‘Good Practises Campus’ dalam penerapan Sistem Pengurusan Perguruan Tinggi (SMPT) dari DIKTI, tahun 2009, Penghargaan Tata Kelolah dan Kelembagaan dari Kopertis VII, Tahun 2011, Peringkat ke-2 Eco Campus, BLH Pemkot Surabaya 2011 dan lain-lain.

-EZY

Sumber : http://www.selangorkini.net

UJIAN PROPOSAL SKRIPSI & SKRIPSI

Ujian PROPOSAL SKRIPSI akan dilaksanakan pada :

Hari / Tanggal     : 1. SABTU, 7 Desember 2013

2. SABTU, 21 Desember 2013

Syarat – syarat unutk dapat mengikuti ujian Proposal Skripsi :

  1. Telah melakukan bimbingan ke Dosen Pembimbing minimal 6 (enam) kali dan Foto Copy Berita Acara Bimbingan dikumpulkan di Fakultas.
  2. Mengumpulkan Foto copy Berita Acara Bimbingan paling lambat hari Sabtu, 30 Nopember 2013 dan Proposal skripsi rangkap 3 paling lambat hari Sabtu, 30 Nopember 2013 dan Proposal skripsi rangkap 3 paling lambat hari Rabu, 4 Desember 2013 di Fakultas.
  3. Telah atau sedang menempuh TOEFL
  4. Telah atau sedang menempuh Praktikum
  5. Telah atau sedang menempuh KKM
  6. Ujian Proposal Skripsi dilaksanakan apabila peserta per Program Studi minimal 5 Mahasiswa.

Ujian SKRIPSI akan dilaksanakan pada :

Hari / tanggal   : 1. SABTU, 25 Januari 2014

2. SABTU, 21 Januari 2014

Syarat-syarat unutk dapat mengikuti ujian Skripsi :

  1. Sudah mengikuti Ujian Proposal
  2. Sudah melakukan bimbingan ke Dosen Pembimbiung minimal 12 (dua belas) kali dan sudah ACC/persetujuan dari Dosen Pembimbing unutk maju sidang skripsi.
  3. Mengumpulkan foto copy berita acara bimbingan skripsi paling lambat hari Sabtu, 18 Januari 2014 dan bendel skripsi rangkap 3 paling lambat hari Rabu, 22 Januari 2014 di Fakultas.

Demikian unutk dilaksanakan.

Pelaku UKM Bisa Bayar Pajak Via ATM

Jakarta-Akuntan Online:

Ditjen Pajak memberikan kemudahan pelayanan kepada pelaku usaha yang beromset di bawah Rp 4,8 miliar. Kepada pengusaha tsb jika akan membayar PPh (pajak penghasilan) final 1 persen bisa melalui ATM Bank BRI, BNI, Bank Mandiri dan BCA.

Menurut Dirjen Pajak Fuad Rahmany, kemudahan pembayaran PPh final 1 persen itu sebenarnya telah berfungsi seminggu lalu, namun baru diluncurkan hari Senin ( 11/11/2013) ini. “Fasilitas tsb akan mempermudah pembayaran pajak, terutama bagi pengusahan dengan omset di bawah Rp 4,8 miliar,” ujar Fuad dalam peluncuran fasilitas tsb di Mangga Dua Square. Jakarta.

Hadir dalam acara peluncuran tersebut, Menteri Keuangan M Chatib Basri, Dirut BRI Sofyan Basir, Dirut BNI Gatot Suwondo, dan Ketua Umum APINDO Sofyan Wanandi dan sekitar 1000 pelaku usaha kecil- menengah. Syarat untuk melakukan pembayaran melalui ATM kata Fuad, cukup mudah hanya dengan memiliki NPWP dan mempunyai rekening bank.(Zis)***

 sumber : http://akuntanonline.com